Bertepatan tanggal 09.09.09 Siti Nurhaliza merilis album kerohanian pertama yang berjudul Tahajjud Cinta. Album yang berkonsepkan pop serta menampilkan pesan kerohanian ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada industri muzik untuk menambah lagi konsep album yang terdapat di pasaran. Siti Nurhaliza merasakan sangat tepat album ini dilaunching pada bulan Ramadhan yang penuh berkat, kerana bertepatan dengan konsep atau pesan kerohanian yang disampaikan album `Tahajjud Cinta’.Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan album pop dan tradisional sebelumnya, dan kini beliau mencoba membuat sebuah album pop yang keseluruhan pesan atau lirik kerohanian. Berpegang kepada peranan artis yang sering dijadikan ikon atau idola kepada penggemarnya, Siti berharap agar album kali ini dapat memanfaatkan sesuatu yang baik dalam kariernya yang boleh dikongsi bersama para peminat dan pembeli album Tahajud Cinta.
Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu iaitu Asma Ul Husna, Pintu Rindu,Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah, Ketika Cinta dan Selawat.
Diantara komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini ialah Eirma Fatima, Dato’ Siti Nurhaliza, Audi Mok, Abu Bakar Mohd Yatim (anggota Raihan), Opick , Hairul Anuar Ha
run, Attan Hardilas dan Habsah Hassan.Ya Rasulullah, merupakan lagu yang pernah dipopulerkan oleh Raihan yang diaransement ulang sehingga sesuai dengan pembawaan Siti. Siti ingin menyanyikan lagu ini kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam Konser Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu.
Lagu Ketika Cinta adalah salah satu lagu yang pernah dipopulerkan oleh Opick yang diaransement ulang dan lagu ini juga menjadi soundtrack film `Perempuan Berkalung Sorban’.
Lagu Pintu Rindu (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan selawat juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan pesannnya.
Lagu-lagu baru yang ada dalam album ini yaitu Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.
Siti amat berpuas hati dengan penghasilan album ini kerana menyifatkan kesemua lagu dalam album ini mempuny
ai keistimewaan yang tersendiri dan mampu menyentuh terus ke jiwa setiap pendengar.Selain mementingkan kualiti penerbitan dengan menggunakan penerbit album yang berpengalaman serta penggunaan live strings, Siti juga berharap agar album sebegini mendapat perhatian stesen-stesen radio kerana mesejnya yang membawa kebaikan.
0 komentar:
Posting Komentar